Wednesday, February 10, 2010

PENGENALAN


SILA KLIK LINK UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
Firman Allah:
“ Ambillah ( sebahagian ) daripada harta mereka untuk dijadikan sedekah ( zakat ) supaya dengannya kamu dapat membersih dan mensucikan diri mereka ( dari dosa ) “


Sabda Rasulullah SAW.:
“ Beritahu kepada mereka bahawa Allah telah memfardhukan zakat ke atas mereka di ambil daripada orang kaya mereka dan diserahkan kepada fakir miskin mereka “.
“ Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat, ubatilah orang -orang sakit dengan bersedeqah dan hadapilah berbagai bala itu dengan doa “


Mengurus dan mengendalikan keperluan kebajikan anak-anak yatim, fakir, miskin serta asnaf – asnaf zakat (8 golongan yang layak menerima zakat) ertinya memelihara bukan sahaja dari segi keperluan hidupkesempurnaan insaniah. semata-mata bahkan mendidik mereka ke arah
(fizikal, mental dan spiritual). Ia juga memerlukan satu proses bersepadu agar anak - anak ini dapat
“Mencintai Tuhan, membesarkan Tuhan, mengagungkan Tuhan dan memperkenalkan Tuhan” melalui bimbingan guru / pengasuh yang menjadi role model.
Proses ini dilaksanakan dengan mengambil kira fitrah semula jadi anak-anak yang masih suci, pendekatan yang sesuai bagi setiap peringkat umur mereka, membina potensi diri setiap anak-anak, merawat sebarang kecacatan emosi dengan pendekatan yang profesional dan menjadikan kasih sayang asas dalam proses mendidik agar mereka merasakan bahawa kehadiran mereka masih dihargai dan diberi kasih sayang yang sama dengan anak-anak sebaya mereka.


Rumah amal ini sedang beroperasi di alamat-alamat berikut :
 No.23, Jalan UP 5/3, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor D .E
(Asrama Puteri)

No. 41, Jalan UP 5/4, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor D.E
(Asrama Putera)

No. 9, Jalan UP 5/3, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor D.E
(Asrama Remaja Puteri & Anak-anak bawah 06 tahun)

No. 49, Jalan UP 5/5, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor
(Asrama Remaja Putera)

No.20-G&22-G, Jalan UP 1/7, Taman Ukay Perdana,68000 Ampang, Selangor                     
(Pejabat PKPIT & Sek)